Monday 8 February 2010

Kehadiran PPP di S’wak bukan sebagai parti pembangkang..........?

Utusan Borneo
February 3, 2010, Wednesday

KUCHING: Parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri tidak perlu gusar dengan hasrat Parti Progresif Penduduk (PPP) yang ingin mengembangkan sayapnya ke Sarawak.Ketua Penerangan PPP Sarawak, Roy Mani berkata, kehadiran PPP bukan sebagai pembangkang yang bertujuan menggugat kedudukan BN negeri.BN negeri terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

“PPP adalah parti komponen BN dalam Kerajaan Malaysia dan kita bukan pembangkang. Saya tidak faham mengapa pemimpin BN negeri memberi reaksi demikian rupa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, PPP merupakan bayangan sebenar gagasan 1Malaysia dengan cuba menarik keahlian daripada kalangan pelbagai kaum dan agama.Malah, katanya, kerisauan yang ditunjukkan oleh BN negeri akan mengundang kekeliruan rakyat Sarawak.

“Kita mampu menambah kekuatan BN dengan membuka keahlian di Sarawak,” katanya.

Pada Ahad lepas PPP melancarkan kempen menambah keahlian di negeri ini.

Parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia itu telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan 28 cawangan di Sarawak dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Surat kepada BN negeri untuk memaklumkan mengenai kemasukan mereka akan menyusul.

Adakah BN Sarawak Belum Cukup Kuat ?

Siapakah dikalangan ahli PPP di sarawak ?

Sama-Sama kita Renungkan......................................................


No comments: