Wednesday 11 March 2009

Kes Buli

Kejadian kes buli yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.Pelajar-pelajar semakin berani bertindak liar.Pelajar sudah tidak takut lagi dengan hukuman yang akan mereka terima.
Pekara ini menyebabkan ibu bapa bimbang untuk membenarkan anak-anak mereka untuk tinggal di asrama atau mengikuti aktiviti luar anjuran pihak sekolah kerana kejadian buli boleh berlaku bila -bila masa tanpa disedari.
Pihak sekolah juga perlu memberi kerjasama penuh untuk menangani masalah ini dari terus berlaku.Selain itu pihak PIBG sekolah juga harus memainkan perana mereka untuk memamtau tingkah laku pelajar di sekolah dengan kerjasama pihak sekolah.
Kejadian buli dikalangan pelajar-pelajar sekolah telah mencemarkan nama sekolah yang sepatutnya sebagai tempat untuk menimba ilmu dan bukannya untuk melahirkan 'modal insan penjenayah'.Siasatan dan tindakan atau hukuman yang dikenakan perlu dilaksanakan untuk mencegah kejadian seperti ini dari terus berlaku.
Namun demikian kerjasama pelajar, ibubapa, guru-guru, pihak PIBG, sekolah dan semua pihak yang terlibat perlu memainkan peranan masing-masing.
Jangan biarkan kejadian buli ini menjadi budaya baru di sekolah.