Thursday 5 November 2009

Sebuah Kereta.

Faktor kewangan dan keselamatan diambil kira dalam kajian semula NAP - Ong
05/11/2009 5:17pm

KUALA LUMPUR 5 Nov — Faktor bebanan kewangan rakyat dan keselamatan merupakan antara perkara yang akan diberi perhatian dalam kajian semula peraturan baru Dasar Automotif Nasional (NAP), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata kajian perlu dilakukan supaya peraturan baru, yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom Sdn Bhd sebelum memperbaharui cukai jalan berkuatkuasa 1 Jan depan itu sesuai dilaksanakan.

"Kita perlu mengambil kira bebanan yang dipikul rakyat tapi pada masa yang sama, kita juga perlu ambil kira tahap kesesuaian kenderaan-kenderaan lama, tidak semestinya sudah 15 tahun, ada yang lebih lama pun ada,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas melawat Stesen LRT Bangsar di sini hari ini. - BERNAM

Awas, sedia sebelum kena.Industri besi buruk punya masa depan cerah.
















No comments: