Thursday 5 November 2009

Minta bonus salah dari segi moral

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan adalah salah dari segi moral.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini berikutan tuntutan itu dibuat ketika keadaan ekonomi negara kini masih belum pulih sepenuhnya.

Menurutnya, walaupun tindakan seumpama itu boleh membuatkan CUEPACS popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar.

“Namun begitu, ia bukan bermakna kerajaan tidak menghargai sumbangan kakitangan awam sebaliknya kerajaan sentiasa memikirkan cara dan kaedah untuk meningkatkan motivasi mereka.

Terbaru kita bakal memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih berkesan dan setimpal terutama kepada pegawai serta kakitangan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang,” katanya.

"Usaha tangga kejayaan"

No comments: