Wednesday, 4 February 2009

Banjir,Banjir,Banjir

Keadaan banjir sebuah rumah panjang yang terdapat di Daerah Mengundi Sg.Sebauh kawasan DUN N60 Kemena / P217 Bintulu.Paras air sedalam 1/2m dengan arus sungai yang deras sangat memberhayakann dan mengakibatkan banyak tanaman musnah terutama tanaman seperti padi dan sayuran.


Keadaan sebuah sekolah menengah yang menghadapi masalah banjir di sebauh.Tindakan pihak kerajaan membina sekolah menengah baru untuk mengantikan sekolah yang di landa banjir ini amat tepat sekali.Banjir lebih dari 2 minggu menyebabkan sedikit gangguan pembelajaran.

Akibat dari paras air Sungai Kemena naik menyebabkan sebahagian kedai di Pekan Sebauh dinaiki air.Peniaga mengambil langkah tutup kedai bagi mengelakkan pekara yang tidak diingini berlaku.Pekara sama berlaku terhadap dua buah kampung Melayu iaitu Kampung Melayu Hilir dan Ulu.Namun demikian tiada keluarga yang dipindahkan kerana pembinaan struktur rumah yang tinggi menghalang dari rumah mereka dinaiki oleh air.

Gambar menunjukkan keadaan sebuah rumah panjang di daerah Mengundi Pandan dinaiki air.Di bahagian "ruai" paras air sedalam 1m menyebabkan penghuni terpaksa memindahkan barang mereka ke bahagian atas rumah(rumah panjang 2 tingkat).Kunjungan dan bantuan yang dihulurkan oleh Yb DUN dan KAPAR semasa memantau keadaan banjir di kawasan ini amat dihargai.hampir semua rumah panjang dan kampung yang dilanda banjir dan terputus jalan perhubungan diberikan bantuan barangan keperluan bagi meringankan beban dan menunjukkan sikap prihatin kerajaan kepada mangsa banjir.

Kelihatan sebuah rumah panjang yang dilanda banjir.hasil tanaman musnah namun rumah panjang belum lagi dinaiki air disebabkan didirikan tinggi dengan mengambilkira jika berlakunya banjir kerana kebanyakkan rumah-rumah panjang dan penempatan dibuat berhampiran sungai.

Friday, 31 October 2008

PBB Sarawak Bukan Pembuli !

Dakwaan Beginda Minda merupakan pandangan seseorang yang kecewa.Kerana terlalu kecewa dan berasa serba salah maka dikeluarkannya dakwaan sedemikian hanya untuk mendapat belas kasihan serta perhatian umum.Akibat daripada tidak dapat menerima kegagalan itu serta untukmengelakkan pandangan umum maka PBB menjadi mangsa.Jangan suka menjadi sekam dalam padi.Suasana kerjasama antara parti di sarawak amat baik.Tidak ada mana -mana parti pun yang di buli.Setiap keputusan yang dibuat melalui perbincangan dan persetujuan semua parti komponen BN Sarawak.

Sunday, 21 September 2008

Berumban baban semalam rantau jalai jamah lubah dulu datai

Jangan gopoh gapah hanya untuk kepentingan sendiri tanpa memikirkan keperluan rakyat.Kepimpinan yang sedia ada sememangnya cekap dan sudah terbukti sejak merdeka lagi dalam menguruskan hasil negara.

Pembangunan yang dilaksanakan juga hampir menyeluruh dan dapat dinikmati oleh pelbagai golongan rakyat.Berhentilah memporak peranda masyarakat kerana ini akan menghalang kepada pembangunan dibuat.

Thursday, 11 September 2008

senja



senja berlabuh menanti siang esok hari.