Perampan
Kesindap Lemai
Tuesday, 13 March 2012
Wednesday, 7 March 2012
Friday, 16 April 2010
Pilihan raya kecil Sibu 16 Mei
TERKINI
Oleh Neville SpykermanSHAH ALAM, 16 April — Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu akan diadakan pada 16 Mei ini manakala penamaan calon pula 8 Mei.
Keputusan pilihan raya kecil kedua di Sarawak sejak Mac 2008 diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) hari ini.
Proses penamaan calon dan penjumlahan undi rasmi bagi pilihan raya kecil itu akan dilaksanakan di Dewan Suarah, Sibu.
Pilihan raya kecil itu perlu diadakan mengikut Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan berikutan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April lalu.
Abdul Aziz berkata, SPR telah pun menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat beserta sijil kematian Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 12 April lepas dan SPR memastikan kekosongan kerusi Parlimen Sibu pada 10 April.
Mengikut perlembagaan, pilihan raya kecil perlu diadakan 60 hari selepas tarikh kekosongan kerusi itu dipastikan.
Abdul Aziz juga berkata bahagian Parlimen Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos kalangan angota tentera dan polis.
Daripada jumlah itu, 36,389 adalah pengundi Cina (66.7 peratus), 5,740 Melayu (10.5 peratus) dan 12,050 Bumiputera Sarawak (22.1 peratus).
Seramai 27,679 adalah pengundi wanita.
Dalam pada itu, 3,028 orang adalah pengundi baru ataupun mereka yang berpindah ke bahagian itu sejak selepas pilihan raya umum 2008.
Abdul Aziz menambah, 467 pengundi pula berusia 90 tahun ke atas, 1,044 orang lagi berusia antara 80 dan 89 tahun dan 2,757 lagi berusia antara 70 dan 79 tahun.
Beliau juga berharap tidak akan ada halangan imigresen terhadap mereka yang hendak berkempen dari Semenanjung.
Bagaimanapun katanya, perkara itu terletak di bawah penyeliaan Jabatan Imigresen.
Beliau berkata, SPR ingin melihat pergerakan yang bebas antara negeri.
Monday, 8 March 2010
UMNO tidak masuk Sarawak
Najib beri jaminan parti pimpinan beliau tidak mengembangkan sayap ke negeri ini
KUCHING: Perdana Men-teri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan parti pimpinannya, UMNO tidak akan mengembangkan sayap ke Sarawak.
Menurut beliau yang juga Pengerusi BN pusat, jaminan itu berikutan sokongan kukuh rakyat terhadap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tulang belakang BN negeri.
“Selagi PBB disokong oleh rakyat di sini, UMNO tidak akan wujud di Sarawak. PBB setia dengan UMNO dan BN. Tidak perlu UMNO mengembangkan sayap ke Sarawak.
“PBB telah berjalan seiringan dengan UMNO dan BN berlandaskan semangat setiakawan,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung PBB Ke-12 di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, dua timbalan ketua menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan.
Najib memberi jaminan itu tatkala khabar angin mengatakan UMNO akan melebarkan sayap ke Sarawak.
Khabar angin yang bukan satu perkara baru, dikaitkan dengan usaha Parti Progresif Penduduk (PPP) yang kini berusaha membuka keahlian di negeri ini.
PPP, sebuah parti komponen BN di Semenanjung Malaysia, dikatakan berperanan sebagai pembuka laluan bagi UMNO untuk masuk ke Sarawak.
Najib berkata, PBB me-rupakan parti yang setia dalam perjuangan membela nasib rakyat, sama seperti UMNO dan BN.
Malah, katanya, PBB selama ini mampu memberi keyakinan yang tinggi kepada rakyat agar terus menyokong kepimpinan BN di negeri ini.
Menurut beliau, semangat dan sokongan ahli terhadap PBB terbukti dengan sorakan besar daripada para perwakilan pada majlis perasmian perhimpunan itu.
Najib menarik perhatian, sokongan ahli PBB dan rakyat Sarawak secara amnya, lebih bermakna apabila hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri amat erat, selain mengakui hubungannya dengan Taib semakin rapat.
Keakraban pemimpin pusat dan negeri, menurut beliau, telah memudahkan pelaksanaan dan perancangan pembangunan dilakukan dengan berkesan di Sarawak.
“Ini adalah cara terbaik dalam bekerja yang membabitkan hubungan rapat antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Siapa yang untung? Sudah pasti rakyat,” katanya.
Kemansangka rumah panjai kita, pia ku Rundi
March 8, 2010, Monday
Utusan BorneoUngkup diberi perintah ngagai rumah panjai sitak Pandan, Binyo enggau Sungai Jelalong
KUCHING: Tuai pupu raban bansa sereta tuai rumah ari rumah panjai sitak Pandan, Binyo enggau Sungai Jelalong Bintulu madahka pengaga ati sida iya lebih pejalai sida iya nemuai ngagai Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Kemena Dr Stephen Rundi sigi bisi asil.
Tuai Rumah, Nyipa Tinggang lebuh ditemu ulih Utusan Borneo madahka sida iya gaga ati lebuh Dr Rundi meri ungkup kena ngemansangka rumah panjai sida iya.
“Kami ke nemuai kitu dalam 22 iku ari sekeda rumah panjai ari sitak Pandan, Binyo enggau Sungai Jelalong bisi nemuai ngagai Dr Rundi ba opis iya saritu tadi. Kebuah kami ke kitu laban deka mantai ngagai iya sekeda penanggul ke ditunga ulih bala kami ke diau ba rumah panjai di Bintulu,” ku iya.
Nyipa ti mega bekau Presiden Gerempung Main Bol Sarawak (FAS) madahka penanggul ti besai ke ditunga ulih tuai rumah sitak nya laban penadai setipikit kelala ulih perintah.
Ku iya, enti nadai setipikit kelala nya sigi pedia ke sida iya tuai rumah ngemutarka tanggung pengawa sida ngagai orang mayuh ke diau ba rumah panjai.
“Sigi mayuh bala kami (tuai rumah) bedau bulih setipikit kelala tu. Nya alai enti bisi sebarang penanggul ke ditunga ulih orang mayuh ba rumah panjai sigi pedis teputar lalu nya ngambi timpuh ke panjai deka mutarka penanggul nya,” ku Tuai Rumah Nyipa.
Kelimpah ari setipikit kelala nya, orang mayuh ke diau ba rumah panjai mega betunga enggau penanggul infrastruktur baka jalai alun, gaya rumah panjai ke patut digaga manah agi, sereta bekal perengka guna bukai.
Ku Nyipa, udah betemu enggau wakil rayat nya, dikarapka penanggul sida iya ulih dikemutar enggau jampat.
“Aku mega beterima kasih ngagai pengari rayat kami (Dr Rundi) enggau perintah menua laban chukup beratika penanggil kami ke diau ba rumah panjai ba sitak Bintulu,” ku iya.
Geran urung RM208,000 bisi disua ulih Dr Rundi ngagai 22 iku tuai rumah kena sida iya ngemansangka mayuh macham program pemansang kena rumah panjai sida iya.
Monday, 8 February 2010
Kehadiran PPP di S’wak bukan sebagai parti pembangkang..........?
February 3, 2010, Wednesday
KUCHING: Parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri tidak perlu gusar dengan hasrat Parti Progresif Penduduk (PPP) yang ingin mengembangkan sayapnya ke Sarawak.Ketua Penerangan PPP Sarawak, Roy Mani berkata, kehadiran PPP bukan sebagai pembangkang yang bertujuan menggugat kedudukan BN negeri.
Wednesday, 3 February 2010
Jangan perkecil peranan kerajaan
January 30, 2010, Saturday
K’jaan komited lakukan transformasi dan lebih terbuka kepada rakyat: TPM
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang ramai supaya tidak memperkecilkan peranan kerajaan yang amat komited dalam melakukan transformasi seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Katanya, apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan memperkenalkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), jelas menunjukkan kerajaan sudah lebih terbuka dan rakyat boleh menilai perkara berkenaan berbanding pakatan pembangkang yang masih tidak tahu mana hala tuju mereka sekarang.
“Kita sudah jelas dengan prestasi kita. Kita lebih komited, lebih berani dan lebih bersedia. Ini adalah satu proses yang luar biasa. Jadi, jangan perkecil dan hanya melihat badan bukan kerajaan (NGO) sahaja,” katanya kepada pemberita
selepas majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini semalam.
Mengenai pandangan yang NGO memperjuangkan isu orang Melayu lebih mendapat tempat berbanding Umno, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata rakyat jangan salah tafsir dengan situasi di mana NGO lebih ke depan dan berpengaruh berbanding Umno dalam memperjuangkan isu-isu orang Melayu.
“Di peringkat akhir nanti, rakyat akan menentukan masa depan mereka berdasarkan parti mana yang memperjuangkan nasib mereka, bukan NGO yang akan bertanding dalam pilihan raya.
“Atas dasar itu, saya fikir antara parti yang masih kukuh dalam negara kita ialah Umno, selain daripada parti komponen Barisan Nasional yang lain,” katanya.
Muhyiddin berkata kerajaan juga mengutamakan rakyat apabila meletakkan kehendak dan kemahuan rakyat di hadapan berdasarkan kepada enam NKRA dalam bidang pendidikan, keselamatan, pembasmian rasuah, peningkatan pendapatan, infrastruktur serta pengangkutan awam.
“Kita dah letak keutamaan dan tak boleh sebab itu, kita kata parti lemah,” katanya. — Bernama